Saturday 22 September 2012

PENEROKAAN ILMU PRASEKOLAH DI MINI ZOO KEMAMAN


18 September 2012-Unit Prasekolah telah melaksanakan Program Penerokaan Ilmu bertempat di Mini Zoo Kemaman. Seramai 45 murid Prasekolah telah menyertai program ini diiringi oleh 8 orang guru dan kakitangan SKSB2.

Banyak ilmu yang telah diterokai oleh murid-murid mengenai haiwan yang terdapat di dalam Zoo tersebut. Aktiviti yang dijalankan sepanjang berada di sana ialah murid-murid didedahkan dengan mengenal nama-nama haiwan dan bunga, cara kehidupan haiwan dan juga aktiviti riadah iaitu bermandi manda di kolam.

Terima kasih kepada Majlis Pembandaran Kemaman (MPK) yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan cas ligas secara percuma.Terima kasih juga kepada ibu bapa,murid-murid serta semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Jom cuci mata!





























































0 comments:

Post a Comment