Thursday 27 September 2012

SK SRI BANDI 2 TUAN RUMAH PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PKG KEMASEK

 Peserta Perkhemahan Unit Beruniform PKG Kemasek 2012 sedang menerima taklimat dari Kem Komandan Cikgu Wan Mohd. Saberi dan Cik Najidah dari SK Seri Bandi 2.

Khamis, 27 September 2012- Perkhemahan Unit Beruniform peringkat PKG Kemasek 2012 telah bermula dari pagi pukul 8.00 dengan acara pertama adalah pendaftaran peserta. Sebanyak 18 buah sekolah terlibat. Setiap sekolah menghantar kurang lebih 24 orang peserta. Tuan rumah tahun ini adalah SK Seri Bandi 2. Berbagai acara dipertandingkan termasuk kawad kaki, persembahan, kraftangan, memasak roti lilit, gajet dan lain-lain. Perkhemahan berakhir hari Sabtu dengan upacara penutup dan penyampaian hadiah.

1 comments:

Post a Comment